NEWS

Kekeliruan Golongan Anti Tabarruk dan Tawassul

Golongan yang menentang amalan tabarruk (ambil berkah), tawassul, dan semisalnya sering kali apabila mereka berhadapan dengan hadis-hadis atau amalan para ulama salaf dan khalaf yang bertentangan dengan pandangan mereka, mereka akan mengatakan:

  1. Hadis-hadis tentang tabarruk dan tawassul ini hanya khusus untuk Rasulullah saja!! 
  2. Ulama-ulama tersebut melakukan perbuatan yang tiada dalil, maka harus ditolak, siapa pun orangnya!
Kita akan menjawab tipuan mereka ini.


Jawaban:

(1). Kita katakan kepada mereka: Adakah dalil yang mengkhususkan bahwa tabarruk, tawassul, dan istighatsah hanya dibolehkan kepada Rasūlullāh ﷺ sahaja? 

Di manakah dalil kekhususan (khushushiyyah) itu? Adakah setiap kali muncul hadis yang bertentangan dengan pendapat kalian, lalu kalian terus berkata ia hanya khusus untuk Rasūlullāh ﷺ sahaja?!

Maka mari kita lihat bagaimana para ulama kita memahami hadis-hadis tentang tabarruk dan semacamnya. Jelas mereka tidak pernah memahaminya sebagai khusus kepada Rasūlullāh ﷺ saja.

Imam Ibn Hibban dalam kitab Shahihnya berkata: 

‎بَابُ ذِكْرٍ إِبَاحَةِ التَّبَزُّكِ بِوَضْوْءِ الصَّالِحِيْنَ مِنْ أَهْل العِلْمِ إِذَا كَانُوْا مُتَّبِعِيْنَ بسُنَنِ الْمُصْطَفَى صَلَّى اللَهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ، عَنْ ابْنِ أَبِيْ جُحَيْفَةُ، عَنْ أَبِنْهِ قَالَ:

‎رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَليْه وَسَلّمَ فِيْ قُبَّةِ حَمْرَاءَ وَرَأَيْتُ بلاَلَا أَخْرَجَ

‎وَضُوْءَهُ فَرَأَيْتُ النَّاسَ يَيْتَدِرُوْنَ وَضُوْءَهُ يَتَمَسَّحُوْنَ

Maknanya: Bab Pada Menyebutkan Kebolehan Tabarruk dengan Bekas Air Wudu' Orang-Orang Sholeh dari Kalangan Ulama' Jika Mereka Benar-Benar Mengikuti Sunnah Rasūlullāh ﷺ.

Diriwayatkan oleh Ibn Abi Juhaifah, dari bapaknya, beliau berkata:

“Aku melihat Rasūlullāh ﷺ di Qubbah Hamra’, dan aku melihat Bilal mengeluarkan air wudu' Rasūlullāh ﷺ. Kemudian aku lihat ramai orang memburu bekas air wudu' tersebut, mereka mengusapkannya ke tubuh mereka.”

Dalam teks di atas, jelas menunjukkan bahawa Imam Ibn Hibban memahami tabarruk (mengambil keberkahan) bukan sesuatu yang khusus untuk Rasūlullāh ﷺ saja, tetapi juga boleh berlaku kepada para ulama yang sholeh, asalkan mereka benar-benar mengikuti sunnah-sunnah Rasūlullāh ﷺ. 

Ini dibuktikan apabila Imam Ibn Hibban meletakkan hadis tentang tabarruk dengan air wudu' Rasūlullāh ﷺ di bawah sebuah bab khos yang beliau namakan:

“Bab Menyebutkan Kebolehan Tabarruk dengan Bekas Air Wudu' Orang-Orang Sholeh dari Kalangan Para Ulama, Jika Mereka Memang Mengikuti Sunnah Rasulullah.”

Contoh lain dari ulama mazhab Hanbali:

Syeikh Mar’i al-Hanbali dalam kitab Ghayah al-Muntaha berkata:

“Tidak mengapa menyentuh KUBUR dengan tangan, terutama sekali jika kubur tersebut adalah milik orang yang diharapkan keberkahannya.”

Kisah yang dinukil oleh al-Hafiz adz-Dhiya’ al-Maqdisi al-Hanbali dalam kitab al-Hikayat al-Mantsurah, beliau menyebut bahwa:

Beliau mendengar al-Hafiz ’Abd al-Ghani al-Maqdisi al-Hanbali berkata bahawa suatu ketika di lengannya tumbuh penyakit seperti bisul. Beliau telah berubat ke sana sini namun tidak sembuh. Akhirnya beliau mendatangi makam Imam Ahmad ibn Hanbal, lalu mengusap lengannya ke atas makam tersebut. Dengan izin Allah, penyakit itu sembuh dan tidak pernah berulang kembali.

As-Samhudi dalam kitab Wafa’ al-Wafa menukil daripada al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, di mana beliau juga menyatakan: 

‎اِسْتَنْبَطَ بَعْضُهُمْ مِنْ مَشْرُوْعِيَّةِ تَقْبِيْل الْحَجَرِ الأَسْوَدِ جَوَازَ تَقْبِيْل كُلِّ مَنْ يَسْتَجِقُّ التَّعْظِيْمَ مِنْ ءَادَمِيِّ وَغَيْرِهِ، فَأمَّا تَقْبِيْلُ يَدِ الآدَمِيِّ فَسَبَقَ فِيْ الأَدَب، وَأَمَّا غَيْرُهُ فَنْقِلَ عَنْ أَحْمَدَ أُنَّهُ سُئِلَ عَنْ تَقْبِيْلِ مِنْبَر النَّبِيِّ وَقَبْرِهِ فَلَهْ يَرَبِهِ بَأْسَا، وَاسْتَبْعَدَ بَعْضِ أَتْبَاعِهِ صِحَّتَهُ عَنْهُ وَنُقِلَ عَنْ ابْنَ أَبِيْ الصَّيْفِ اليَمَانِيِّ أَحَدٍ عُلَمَاءِ مَكَّةَ مِنَ الشَّافِعِيَّةِ جَوَازٌ تَقْبِيْلِ الْمُصْحَفِ وَأَجْرَاءِ

‎٢٢" الْحَدِيْثِ وَقَبْوْرِ الصَّالِحِيْنَ، وَنَقَلَ الطَّيِّبُ النَّاشِرِيُّ عَنْ الْمُجِبِّ الطَّبَرِيِّ أَنَّهُ يَجُوْزُ تَقْبِيْلُ الْقَبْرِ وَمِسُهُ قَالَ: وَعَلَيْهِ عَمَلُ العُلَمَاءِ الصَّالِحِيْنَ.

Mafhumnya: Sebahagian ulama mengambil dalil dari disyariatkannya mencium Hajar Aswad sebagai dalil bahawa dibolehkan mencium apa sahaja yang layak untuk dimuliakan oleh manusia atau selainnya. Hukum mencium tangan manusia telah dibincangkan dalam Bab Adab. Manakala hukum mencium selain manusia, telah dinukil daripada Imam Ahmad ibn Hanbal bahawa beliau ditanya tentang mencium mimbar Rasūlullāh ﷺ dan makam Baginda. Maka beliau membolehkan perbuatan tersebut, walaupun sebahagian pengikut beliau meragui kebenaran riwayat ini.

Turut dinukil daripada Ibn Abi al-Shaykh al-Yamani yaitu salah seorang ulama mazhab Syafi‘i di Mekah bahawa beliau membenarkan mencium mushaf (al-Qur’an), buku-buku hadis, serta makam orang-orang sholeh.

Ath-Thayyib an-Nasyiri pula menukil daripada al-Muhibb ath-Thabari bahawa dibolehkan mencium dan menyentuh kubur, dan beliau menyebut bahawa ini adalah amalan para ulama yang sholeh.

Penjelasan tentang keraguan segelintir orang yang mengaku konon katanya ikut mazhab Imam Ahmad (padahal tidak sama sekali) seperti yang disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar di atas, adalah tidak berdasar. Ini kerana kenyataan Imam Ahmad sendiri telah diriwayatkan secara shahih oleh anaknya sendiri, Abdullah ibn Ahmad, dalam kitab “Su’alat ‘Abdullah ibn Ahmad ibn Hanbal” dan juga dalam kitab al-‘Ilal wa Ma’rifah ar-Rijal, seperti yang telah disebutkan sebelumnya.

Al-Badr al-‘Aini dalam kitab ‘Umdah al-Qari turut menukil daripada al-Muhibb ath-Thabari yang berkata:

‎وَيُمْكِنُ أَنْ يُسْتَنْبَطَ مِنْ تَقْبِيْل الْحَجَرِ وَاسْتِلَاَمِ الأَرْكَان جَوَازُ تَقْبِيْلِ مَا فِيْ تَقْبِيْلِهِ تَعْظِيْمُ اللهِ تَعَالَى فَإِنَّهَ إِنْ لَمْ يَرِدَّ فِيْهِ خَبَرٌ بِالنَّذْبِ لَمْ يَرِدْ بِالكَرَاهَةِ، قالَ: وَقَدْ رَأيْتُ فِيْ بَعْضِ تَعَالِيْقِ جَدِيْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِيُ بَكْرٍ عَنْ الإِمَامِ أَبِي عَبْدِ اللهِ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِيْ الصَّيْفٍ أَنَّ بَعْضِهُمْ كَانَ إِذَا رَأى الْمَصَاحِفَ قَبَّلَهَا وإِذَا رَأَى أَجْزَاءَ الْحَدِيْثِ قَبَّلَهَا وَإِذَا رَأَى قَبْوْرَ الصَّالِحِيْنَ قَبَّلَهَا، قَالَ: وَلا

‎يَبْعُدْ هذَا وَاللهُ أَعْلَمُ فِيْ كُلِّ مَا فِيْهِ تَعْظِيْمُ للهِ تَعَالَى.

Maknanya: Boleh diambil dalil daripada pensyariatan mencium Hajar Aswad dan melambaikan tangan ke arah penjuru-penjuru Ka’bah, bahawa dibolehkan mencium setiap sesuatu yang jika dicium mengandungi unsur pengagungan terhadap Allah.

Walaupun tiada dalil khusus yang mensunnahkannya, namun tidak juga terdapat dalil yang memakruhkannya.

Al-Muhibb ath-Thabari menyambung:

"Aku telah melihat dalam sebahagian catatan datukku, Muhammad ibn Abi Bakar, yang menukil daripada al-Imam Abu ‘Abdillah Muhammad ibn Abu ash-Shaif bahawa sebahagian ulama dan orang-orang soleh apabila mereka melihat mushaf (al-Qur’an), mereka akan menciumnya. Apabila mereka melihat kitab-kitab hadis, mereka juga menciumnya. Dan apabila mereka mendatangi kubur orang-orang sholeh, mereka turut menciumnya."

Ath-Thabari berkata: "Ini bukan sesuatu yang pelik atau jauh dari dalil. Bahkan semua itu termasuk dalam perkara yang mengandung unsur ta’dziim (pengagungan) terhadap Allah."

Daripada teks-teks ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa para ahli hadis seperti:

 • Imam Ibn Hibban

 • Al-Muhibb ath-Thabari

 • Al-Hafiz adz-Dhiya’ al-Maqdisi al-Hanbali

 • Al-Hafiz ‘Abd al-Ghani al-Maqdisi al-Hanbali

Serta para ulama syarah Shahih al-Bukhari, seperti:

 • Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (dalam Fath al-Bari)

 • Al-Badr al-‘Aini (dalam ‘Umdah al-Qari)

Dan para ahli fiqh mazhab Hanbali seperti:

 • Syeikh Mar’i al-Hanbali

dan lain-lain…

semuanya bersepakat bahawa kebolehan tabarruk (mengambil keberkatan) tidaklah khusus kepada Rasūlullāh ﷺ sahaja.

Oleh karena itu, kita ingin bertanya kepada golongan anti-tabarruk:

Korang nak kata apa tentang teks-teks para ulama ini?! Adakah kalian mahu mengatakan bahawa semua ulama tersebut berada dalam kesesatan, dan hanya kalian sahaja yang benar dengan ajaran baru kalian?!”

Kemudian,

(2). Jika dalil-dalil yang kami sebutkan ini dianggap bukan dalil, maka apakah sebenarnya yang kalian maksudkan dengan dalil?!

Adakah yang dianggap sebagai dalil hanyalah yang datang dari tokoh-tokoh rujukan kalian sahaja?

Siapakah yang lebih tahu tentang dalil dan lebih memahami agama ini:

 • Golongan anti-tabarruk zaman sekarang?

ATAU

 • Imam Ahmad ibn Hanbal, para ulama hadis, dan ulama fiqh sejak zaman salaf?!

Sesungguhnya, orang yang tiada hujah yang kokoh akan mudah mengatakan apa sahaja termasuk perkara yang tidak rasional, malah kadangkala mereka sendiri tidak memahami apa yang mereka katakan.

Berita Terbaru
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
  • Skeleton Image
Posting Komentar